PANAS ! Pendedahan Berani Mati Nora Danish! Akan Berkahwin Tapi Bukan Kerana Cinta Semata-Mata Tapi...


Pelakon Nora Danish tidak menolak kemungkinan bakal mendirikan rumah tangga dengan teman lelakinya, Nedim Nazri pada tahun ini.

Nora, 35, bagaimanapun berkata, dia tidak mahu terburu-buru untuk berbuat demikian kerana ingin memastikan dirinya benar-benar bersedia memikul tanggungjawab sebagai isteri.

"Saya tidak menolak kemungkinan akan berkahwin pada tahun ini tetapi sebelum itu saya ingin memastikan saya sudah bersedia untuk kembali bergelar sebagai isteri.

"Tambahan pula saya tidak mahu berkahwin hanya semata-mata kerana cinta sebaliknya kerana Allah.

"Insya-Allah jika sudah sampai masanya nanti saya akan beritahu kepada semua," katanya kepada mStar Online ketika ditemui pada majlis pelancaran telefon pintar Oppo F1 Plus di sini, Khamis.

Nora juga turut dilantik sebagai duta produk dan ikon selfie model telefon berkenaan selama setahun.

Dalam pada itu, Nora enggan mengulas lanjut kenyataan bapa kepada kekasihnya iaitu Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz yang seolah-olah memberi lampu hijau kepadanya dan Nedim untuk berkahwin.

Bagaimanapun Nora tidak menafikan sebelum ini dia pernah bertemu dengan Nazri beberapa kali selain ahli keluarga Nedim.

"Saya terkejut sebenarnya apabila ada wartawan bertanyakan tentang saya dan Nedim pada beliau.

"Tiada apa yang saya boleh komen kerana menghormatinya sebagai menteri," ujarnya.

Sementara itu, Nora berkata, untuk perkahwinan itu nanti dia tidak merancang untuk mengadakan majlis secara besar-besaran sebaliknya mahu ia diadakan secara ringkas.

Malah Nora menyangkal dakwaan kunjungannya ke Iceland baru-baru ini untuk mengambil foto pra-perkahwinan.

"Saya ke Iceland untuk sesi penggambaran koleksi baju dan tudung untuk keluaran hari raya nanti dan bukannya mengambil foto pra-perkahwinan.

"Sebelum saya katakan sebelum ini saya memang mahu perkahwinan yang ringkas dan paling penting kami sah disatukan sebagai suami-isteri," katanya.


Post a Comment

Popular

item