'Menyesal Aku Beli Peugeot 308 !' - Lelaki Ini Dedah Kenapa Anda Tak Perlu Beli Kereta Peugeot 308


Kepada Peugeot & Peugeot Malaysia,

Tulisan saya ini untuk memaklumkan bahawa saya amat kecewa dengan kereta anda. 

Saya telah membeli Peugeot 308 1.6L pada tahun 2010 untuk ibu saya. Sebuah kereta yang bagus dan anggun untuk dipandu. Sehinggalah amaran 'Depollution System Faulty' muncul buat pertama kalinya selapa penggunaan 6 bulan pertama. 

Setiap kali saya menghantar kereta untuk diperiksa atau servis, saya diberitahu bahawa itu adalah perkara biasa dan tidak perlu bimbang mengenainya. Apabila saya memaklumkan mereka bahawa ibu saya yang memandu kereta itu, reaksi mereka?

"Oh, patutlah. Ini kereta turbo, awak tak boleh pandu pelahan. Awak kena pandu dengan laju agar karbonnya tidak terkumpul," katanya.

Saya membeli kereta ini bukan untuk memandu di litar Formula One. Saya beli untuk kegunaan biasa dengan keadaan trafik normal di mana-mana tempat. Boleh anda terangkan atau jelaskan kenyataan yang dinyatakan oleh mekanik anda di pusat servis Peugeot yang berdaftar ini? Adakah mereka cuba memberitahu saya bahawa Peugeot 308 ini tidak sesuai dipandu dengan kelajuan normal?

Pada tahun 2014, saya mengambil kereta ini untuk diservis di pusat Peugeot Jelutong, Pulau Pinang kerana merasakan kereta saya ini kurang kuasanya. Saya mengesyaki ada sesuatu yang perlu dilakukan pada enjinnya. Semasa kereta masih mempunyai waranti, pusat servis berkenaan kerap memberitahu saya bahawa segalanya baik dan tidak menghadapi sebarang masalah mahupun enjinnya. 

Sebaik saja warantinya tamat, mereka memaklumkan saya bahawa injap turbo perlu digantikan dan ia mengakibatkan saya terpaksa membayar kos sebanyak RM2,000. Selepas bersetuju dengan harga itu, rupanya ada banyak lagi yang perlu diganti seperti pam, kemudian ada benda bocor, bocor lagi di tempat lain pula. 

Kira-kira selepas seminggu di pusat servis itu, saya diberitahu bahawa sistem turbo perlu diganti dan jumlah bil keseluruhan adalah RM12,069! Kami hanya diberikan diskaun sebanyak RM5.11 sahaja, itu pun promosi Hari Raya. Itu diskaun kurang dari 1%. Biar betul? Kedekutnya?

Selepas menunggu selama 2 minggu kereta siap dibaiki, saya perlu menunggu hampir 2 jam sebelum mereka boleh menyerahkan kereta kepada saya. 

Bulan lepas, kereta tiba-tiba rosak di tengah-tengah lebuh raya PLUS. Ibu saya kata, dia tidak dapat hidupkan enjin. Pada mulanya kami menyangka bateri kereta bermasalah. Ibu menghubungi talian bantuan PLUS dan mereka menyatakan ia tiada kaitan dengan bateri. Jadi saya terpaksa menghantar kereta itu ke pusat servis Peugeot untuk diperiksa.

Tahu tak apa yang mereka katakan? "Ya, ini berpunca dari bateri,". Saya berdepan dengan mereka dan menyatakan masalah kereta itu bukan berpunca dari bateri, tetapi mereka tetap bertegas mengatakan masalahnya berpunca dari bateri dan saya terpaksa membayar RM600 untuk itu. 

Seperti yang dijangkakan, mereka menghubungi saya selepas menukar bateri kereta. Mereka maklumkan ada bunyi dan enjin tidak dapat dihidupkan. 

Sekali lagi mereka mempermainkan saya. Ini tak betul, itu tak betul dan akhirnya kereta itu perlu melakukan major overhaul sekali lagi! Kereta saya baru berusia 5 tahun, betapa rapuh dan teruknya kereta Peugeot ini. Dan saya terpaksa membayar kos sebanyak RM12,498.87 untuk baik pulih kereta buat kali kedua ini. 

Minggu lepas, saya menghubungi pusat servis untuk mengetahui keadaan kereta saya. Mereka maklumkan AC tidak berfungsi dengan baik dan terpaksa ditukar full set cooling coil. Saya terpaksa menanggung kos sebanyak RM4,000. 

Kereta berusia 5 tahun, dipandu oleh seorang makcik untuk berulang alik ke tempat kerja. Perjalanan paling jauh pun, ke Kuala Lumpur. Itu pun sekali sekala dan tidak pernah terlibat dalam kemalangan. 

Inilah kereta Peugeot 308 anda. Saya memiliki sebuah kereta lama, Perodua Kelisa yang dibeli dengan separuh harga kereta Peugeot 308, dan ia berfungsi dengan baik untuk pemandu yang sama, dengan gaya  pemanduan yang sama hampir 15 tahun!

Saya telah membuat laporan mengenai kereta Peugeot ini sekian lama dulu sebelum overhaul buat kali kedua ini. Tetapi tiada apa yang dilakukan. Saya laporkan perkara ini pada pihak Ibu Pejabat Peugeot dan jawapan yang biasa diterima, "Kita akan tengok dulu perkara ini,". 

Saya rasa pihak anda hanya 'tengok' saja tanpa melakukan apa-apa. Amat memalukan yang kereta anda tidak setanding dengan nama dan reputasi. Saya tidak akan membeli kereta Peugeot lagi dan saya akan kongsikan pengalaman saya dengan yang lain, yang berkeinginan membeli mana-mana model kereta dari Peugeot. Saya pasti akan melakukan untuk membalas balik apa yang terjadi selama ini. 

Saya pasti akan melakukannya kerana setiap pengguna mempunyai hak untuk mengetahui segala infomasi untuk membuat pilihan yang terbaik. Saya tidak mahu orang lain menghadapi masalah yang sama saya hadapi sebelum ini.

Membeli kereta Peugeot memang satu keputusan yang teruk yang pernah saya buat dan saya tidak akan mengulanginya lagi. Saya masih menyimpan resit servis Peugeot overhaul pertama yang berjumlah RM12,069 dan RM5 yang ditulis di atasnya sebagai promo Hari Raya. Ia pasti akan menjadi bahan ketawa di media sosial. 

Saya menulis luahan ini untuk memastikan Peugeot peka dengan apa yang berlaku pada pelanggan mereka. Sebagaimana hak pelanggan mengetahui semua informasi untuk membuat pilihan yang tepat, pihak pengeluar juga perlu tahu produk anda bagaimana dan betapa teruknya servis Peugeot. Terima kasih. - Edros Zubir


Artikel Berkaitan

ISU SEMASA 3983658562551572874

Post a Comment

Popular

item