NGERI ! Video Detik-Detik Kematian Penyanyi TERKENAL Maut Selepas Dipatuk Ular Ketika LIVE !



JAKARTA 5 April – Seorang penyanyi dangdut Indonesia, Irmawaty atau Irma Bule maut dipatuk ular ketika mengadakan persembahan dangdut bersama ular di Kabupaten Karawang, Jakarta Barat pada malam minggu lalu.

Utusan melaporkan, penyanyi 26 tahun itu sedang menyanyi lagu keduanya apabila dia secara tidak sengaja terpijak ekor ular senduk yang sering dibawanya ketika membuat persembahan. Ular itu kemudian mematuk pahanya.

Bagaimanapun, Irma dikatakan meneruskan persembahannya sehingga akhir dan menolak untuk diberi rawatan oleh bomoh ular ketika berada di belakang pentas.

Rakan Irma, Ferlando Octavion Auzora berkata, selepas selesai persembahan Irma masih lagi boleh berbual-bual dengan rakan-rakan dan tidak mahu dirawat.

Namun sejam selepas itu, Irma mula muntah-muntah dan tubuhnya menjadi kejang.

Menurut Ferlando lagi, Irma dikejarkan ke hospital berdekatan kira-kira pukul 11 malam untuk rawatan kecemasan namun dia disahkan meninggal dunia dua jam kemudian.

Polis tempatan berkata, doktor mengesahkan penyanyi dangdut itu mati kerana dipatuk ular.

Irma menjadi penyanyi jemputan malam itu. Seperti biasa, dia tampil memukau penonton dengan lagunya sambil berjoget bersama ular. Semasa menyampaikan lagu pertama, tidak ada apa-apa yang berlaku.

Tetapi ketika sedang men­yampaikan lagu kedua, dia tidak sengaja terpijak ekor ular, menyebabkan ular itu mematuk pa­hanya,” ujarnya.




Artikel Berkaitan

ISU SEMASA 3189293762213207890

Post a Comment

Popular

item