Nauzubillah! Tolong Jangan buat perkara HARAM ini di bulan Puasa. Anda Memang tidak Sedar, sebenarnya perkara itu tidak Dibenarkan ISLAM. PENTING. Sebarkan kepada semua ahli keluarga!. Jangan sampai ALLAH MURKA. hari raya untuk bergembira, bukan berbuat DOSA!

Assalammualaikum semua kepada teman-teman muka buka ana sekalian, bagaimana dengan raya anda ? Adakah disambut dengan meriah atau biasa-biasa sahaja...apa yang penting, sambutan yang kita raikan ini sewajarnya sentiasa berlandaskan syariat dan juga berada di bawah kepatuhan kepada hukum halal dan haram. Kerana jika tidak, kegembiraan kita hanya mengundang kemurkaan ALLAH AZZA WAJALLA.  Menjadi kebiasaan fenomena biasa pada hari lebaran ini di mana semua umat Islam mempamerkan kegembiraan dengan pelbagai ragam dan cara. Ana ingin berkongsi sedikit ilmu yang ana ada ini dengan anda semua berkenaan amalan yang salah dan sering kita terlepas pandang bila menyambut aidilfitri. Antara amalan-amalan salah yang dilakukan pada Hari Raya Aidilfitri ini ialah :-

1) TIDAK BANGUN UNTUK SOLAT SUBUH
Ada juga dalam kalangan umat Islam yang terus tidak solat subuh pada pagi raya kerana keletihan dan kelewatan tidur akibat berjaga malam menyiapkan juadah hari raya dan menghiaskan rumah. Teman-temanku ini semua adalah salah dan berdosa sekiranya kita melakukannya. Ini kerana kita melebihkan hal-hal duniawi berbanding keutamaan kita sebagai hamba ALLAH. Tak salah kalau kita nak buat kuih raya, hias rumah dan pelbagai lagi tetapi jangan lupa kita pada ALLAH ye.

2) TIDAK MENDENGAR KHUTBAH HARI RAYA
Hal ini sering berlaku sekiranya anda semua perasan fenomena yang berlaku apabila usai  imam memberikan salam solat sunat aidilfitri. Siapa yang pernah melakukan ini ? Tahukah anda semua, khutbah adalah rukun kepada solat sunat aidilfitri. Maka tiadalah ganjaran pahala bagi mereka yang terus sahaja pulang tanpa mendapat ilmu dari khutbah yang disampaikan walaupun kita tahu yang khutbah itu perkara yang sama hendak disampaikan. Kalau anda nak tahu, sifat orang alim dalam ilmu ini, mereka apabila mendengar ilmu yang sama dan berulang mereka tidak akan berkata, "aku dah pernah dengar dah benda ni, sama je...", " tak de point lain ke yang dia nak sampaikan, asyik-asyik pasal ni jer, bosanlah..." . Sedar tak sedar, mungkin kita tergolong dalam golongan ini. Nauzubillahhiminzalik.

3) AMALAN MENZIARAHI KUBUR
Amalan menziarahi kubur tidak perlu dianggap sebagai agenda utama di awal pagi raya. Hal ini kerana, kalau nak diikutkan mernziarahi kubur ini digalakkan pada bila-masa sahaja sebagai satu cara mengingatkan kematian disamping dapat mendoakan penghuni kubur itu. 

4) BERHIAS TANPA MENUTUP AURAT
Ini satu lagi masalah yang sering kita lihat zaman ini. Pada hari yang mulia ini, terdapat juga umat Islam khususnya kaum wanita yang keluar rumah dengan memperagakan pakaian baru tanpa menutup aurat. Amalan ini yang mereka lakukan ini adalah hasil daripada sikap memandang remeh soal tuntutan menutup aurat. Amat malang sekiranya di hari raya ada sahaja wanita yang beragama Islam keluar mendedahkan aurat atau berpakaian mencolok mata yangbukan sahaja mengundang dosa untuk dirinya, malah setiap mata lelaki yang melihatnya pasti akan memberi saham dosa percuma bagi wanita tersebut. Tahukah anda semua, dalam Islam tak salah sekiranya kita nak berhias (muslimin dan muslimat) tetapi ikutlah saranan yang sudah ditetapkan. Islam lagi suka akan kecantikan dan kekemasan seperti dalam pepatah Arab ada menyebut, "Sesungguhnya ALLAH itu cantik dan suka akan kecantikan". Maka jelaslah disini sekiranya kita nak berhias dengan pelbagai fesyen sekali pun, silakan tetapi jangan sampai melanggar syariat yang ALLAH dah tetapkan.

5) MENONTON RANCANGAN HIBURAN DI TELEVISYEN
Perasan ataupun tidak, apabila raya sahaja macam-macam rancangan yang menarik akan ditayangkan. Ana yakin dan  percaya ramai dalam kalangan umat Islam dan anak-anak mereka menghabiskan masa di depan televisyen menonton hidangan rancangan hari raya yang majoritinya jauh tersasar dari syariat Islam, sedangkan hari lebaran ini saat terbaik menziarahi sanak saudara dan rakan taulan untuk bertanyakan khabar serta dapat mengeratkan lagi silaturahim. Jangan biasakan diri kita dengan menonton rancangan yang tiada manfaat yang boleh kita dapat.

6) MENINGGALKAN SOLAT FARDHU
Ada juga dalam kalangan umat Islam ini yang meninggalkan solat fardhu kerana mempunyao alasan melakukan ziarah-menziarahi. Ini adalah fenomena yang kian berkembang dalam kalangan umat Islam  khususnya golongan remaja. Hari raya dijadikan tiket untuk tidak solat dan dijadikan alasan untuk melakukan apa sahaja yang tidak dapat dilakukan pada bulan Ramadhan yang lepas. Solat fardhu adalah satu kewajipan dan merupakan amalan pertama yang akan disoal oleh malaikat apabila sakaratul maut tiba nanti. Solat itu juga adalah tiang kepada agama sepertimana yang terdapat dalam hadith,"Solat itu tiang agama, siapa yang mendirikan dia telah mendirikan agama, dan siapa yang menjauhkan dia telah meruntuhkan agamanya".

7) BERSALAMAN ANTARA BUKAN MUHRIM
Terdapat juga dalam kalangan umat Islam ini yang ghairah bersalaman antara bukan muhrim atas alasan untuk bermaaf-maafan. Sedangkan perbuatan ini menyanggah syariat Islam. Sewajarnya bagi lelaki dan perempuan yang bukan muhrim seperti antara sepupu lelaki dan perempuan, teman sekerja, rakan sekolah dan sesiapa sahaja. Cukup sekadar mengucapkan maaf di mulut ketika bertemu. Suasana lelaki perempuan bukan muhrim ini makin menjadi-jadi dan hal ini perlu dielakkan.

Demikianlah beberapa amalan-amalan salah yang sering dilakukan oleh umat Islam apabila menyambut hari raya. Ana juga pernah terbaca hadith nabi yang mengatakan baginda pernah melihat bangsa arab yang menyambut dengan tarian menunjukkan mereka meraikan hari aidil fitri dan baginda hanya melihat sahaja. Ana sekadar berkongsi kepada anda semua pembaca...sekiranya ada salah dan silap dalam penulisan ana ini boleh la comment ye :)...ana sedia menerima segala ilmu yang antum semua kongsikan (^_^).


Post a Comment

Popular

item